Tuesday, February 8, 2011

Anwar Tukang Putar Alam

KUALA LUMPUR 7 Feb. - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan 'tukang putar alam terhebat' atas keupayaannya memanipulasi pemimpin pakatan pembangkang demi keuntungan peribadinya.



Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, ini terbukti apabila Anwar terus berjaya menangguhkan kes perbicaraan liwat yang dihadapinya dengan mendapatkan khidmat Pengerusi DAP, Karpal Singh sebagai sebagai peguam bela.

Jelas beliau, kelicikan Anwar terserlah apabila mengambil khidmat Karpal dalam kes itu sedangkan semua pihak sedar Karpal pernah mengaku mempunyai bukti tentang penglibatan Anwar dalam aktiviti liwat semasa menghadapi tuduhan liwat pada 1997.

"Selain Karpal, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat serta pemimpin pembangkang lain juga menjadi mangsa manipulasi Anwar yang pernah berjanji membentuk kerajaan pada 16 September 2008.

"Walaupun semua pemimpin pembangkang kini sedar mereka tertipu dengan 'janji 16 September', kehebatan Anwar sebagai 'tukang putar alam terhebat' semakin terserlah apabila mereka terus menyatakan sokongan kepadanya," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Hamidzun menambah, beliau hairan dengan tindak-tanduk pemimpin Kerajaan PKR Selangor, Pas dan DAP yang dilihat semakin 'terpukau' dengan manipulasi berterusan yang dilakukan Anwar.

Menurutnya, semua pihak perlu menilai rekod Anwar sebelum ini yang kehilangan ramai rakan politik ekoran kenyataannya yang sering bercanggah.

Sebagai contoh, katanya, Anwar gagal menarik ramai rakan daripada Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) untuk menyertai UMNO sewaktu beliau mula menceburi bidang politik, sedangkan beliau pada masa itu merupakan Presiden ABIM yang mempunyai banyak pengaruh.

"Sekarang ini kita dapat lihat berapa ramai pemimpin besar PKR yang bertindak keluar parti. Beliau juga gagal membawa masuk ramai pemimpin UMNO ke dalam PKR seperti sewaktu beliau berhijrah ke UMNO daripada ABIM," jelasnya.

Beliau memberitahu, hasil putar alam terbaru Anwar ialah melalui penerbitan 'buku jingga' iaitu janji pakatan pembangkang jika mengambil alih Putrajaya.

Kata Hamidzun, walaupun 'buku jingga' itu memberi banyak harapan kepada rakyat, ia tidak boleh dipercayai kerana Anwar sehingga kini gagal mengemukakan sumber kewangan untuk pelaksanaan janji-janji tersebut. 



Friday, February 4, 2011

Teruskan Provokasi Ke Atas Nik Aziz

KUALA LUMPUR 4 Feb. - Para pemimpin UMNO diminta melakukan provokasi berterusan ke atas Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Nik Mat supaya Menteri Besar Kelantan itu terus mengeluarkan kenyataan mengelirukan justeru memaparkan 'wajah sebenar' beliau.



Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, ini kerana, kenyataan kontroversi dan mengelirukan Nik Abdul Aziz itu akan menyedarkan segelintir masyarakat Melayu, seterusnya membantu golongan berkenaan kembali bersatu.

"Walau apa pun, UMNO dapat untung kerana mengikut pandangan saya kenyataannya yang luar biasa membantu memberi kesedaran kepada orang Melayu yang tidak sokong UMNO pada pilihan raya umum lalu untuk kembali menyokong UMNO.

"Orang Melayu sudah mula sedar kenyataan-kenyataan Nik Aziz membantu kaum-kaum lain 'naik tocang' untuk memperlekehkan Islam, menghina Melayu dan sebagainya.


"Pada saya orang UMNO patut galakkan lagi agar Nik Aziz terus mengeluarkan kenyataan-kenyataan kontroversi kerana ia membantu majoriti orang Melayu bersatu," katanya sinis melalui satu khidmat pesanan ringkas (SMS) hari ini.

Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas mengulas pertikaian terbaru di antara bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan Nik Abdul Aziz berhubung kenyataan kontroversi Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew dalam bukunya mengenai penganut Islam republik itu baru-baru ini.

Semalam, Nik Abdul Aziz dilihat terus menyatakan sokongan ke atas Kuan Yew mengenai penyebaran Islam di republik tersebut dengan mengatakan 'apa yang berlaku di seberang sini jauh lebih dahsyat daripada apa yang dilakukan oleh Kuan Yew.'

"Tidak pernah saya terdengar sepatah kata daripada pemimpin UMNO yang menghuraikan berkenaan tujuan hidup seorang manusia di muka bumi.

"Jika pun ada, hanya sebaris dua daripada menteri yang diamanahkan menjaga hal ehwal agama. Ada pun pemimpin utama UMNO, tujuan hidup ini seolah-olah tidak menjadi agenda penting sehingga tidak pernah sedikit pun terkeluar isu ini daripada bibir mereka," kata Nik Abdul Aziz.

Ibrahim menambah, kenyataan Nik Abdul Aziz yang terus membela Kuan Yew sehingga memburukkan saudara Islam sendiri hanya kerana perbezaan politik tidak boleh diterima akal - utusan


Anwar Pengkhianat Rakan

KUALA LUMPUR 4 Feb. - Tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengkhianati rakannya dengan memungkiri janji untuk membantu mereka merupakan faktor aliran keluar ramai ahli parti itu sejak kebelakangan ini.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, pengunduran terbaru Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan turut berpunca perbuatan khianat Anwar terhadap janjinya memperjuangkan hak kaum India.

"Sebenarnya, Gobalakrishnan kecewa apabila Anwar tidak menghulurkan bantuan dalam kes sebuah kuil di Petaling Jaya yang diperjuang Ahli Parlimen Padang Serai itu.


"Begitu juga dengan isu Kampung Buah Pala di Pulau Pinang yang tidak mendapat pembelaan sewajarnya sedangkan dengan 'statusnya' dalam parti, beliau berkeupayaan bertindak kerana dua kawasan itu berada dalam negeri yang ditadbir pakatan pembangkang," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa sikap Anwar yang sanggup mengkhianati rakan termasuk yang sejak awal terlibat sebagai pengasas parti itu punca mengapa mereka bertindak keluar parti.

Mengulas lanjut, Anuar berkata, setiap kali pemimpin PKR keluar parti, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu seperti kehabisan modal apabila mengitar semula alasan kononnya mereka dibeli oleh UMNO.

"Jika jumlah yang keluar parti itu, seorang atau dua sahaja, mungkin ada asasnya tetapi sehingga hari ini, sudah berpuluh-puluh orang daripada pelbagai jawatan dalam PKR ambil keputusan sama, adakah semuanya dibeli?" soalnya.

Katanya, sikap Anwar yang 'putar alam' itu menjadi punca utama Gobalakrishnan hilang sabar dan bertindak keluar parti walaupun beliau merupakan antara pemimpin yang awal menjadi pengasas PKR.

Sementara itu, bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddinmenyifatkan Anwar bukan sahaja mengkhianati rakan rapat, malah turut sanggup mengkhianati agama.

"Sewaktu saya menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti, ada cadangan untuk membangunkan kawasan itu menjadi Serambi Mekah dengan mendirikan banyak sekolah agama.

"Namun, apa yang mengejutkan saya, beliau melenting kerana bimbang cadangan itu akan melukakan hati DAP. Bukankah tindakannya itu satu bentuk pengkhianatan terhadap syiar Islam di negara ini dan orang Islam di situ yang menyokongnya," soalnya.

Mengenai kenyataan Muhyiddin pula, Fairus menyifatkan perkara itu ada kebenarannya jika peribadi Anwar dibincangkan termasuklah bersama rakan-rakannya dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) sendiri.

"Mereka yang sudah kenal lama dengan manusia bernama Anwar Ibrahim ini akan faham benar perangai tidak setia yang berakar umbi dalam dirinya.

"Jika kawan-kawan lama yang bersama-sama melalui zaman susah dan payah dengannya juga sanggup dikhianati, apatah lagi jaminan keadilan untuk golongan rakyat biasa. Dia memang bukan seorang pemimpin yang baik malah harus ditolak rakyat kerana sangat berbahaya," katanya.-utusan


Pembangkang PKR Di Anjingkan DAP Untuk Derhaka Sultan

Sedar atau tidak, sekarang sudah ada trend yang sangat-sangat membimbangkan. Trend dimana DAP menggunakan pemimpin melayu pembangkang untuk menimbulkan kebencian rakyat terhadap institusi beraja di negara ini.
Zaid, Anwar. khalid gagap. Suhaimie Shafie dan Nizar adalah beberapa nama pemimpin melayu yang pernah/sedang menjadi penukul hadapan dalam mempelopori usaha terancang DAP ini. Masing-masing yang diketahui termakan budi yang amat sangat terhadap DAP dengan paling utama Anwar yang diikat kedua biji telurnya untuk menurut saja cakap DAP.
Para harbi dalam DAP baik cina mahupun Singh tidak berani secara terang untuk berkonfrantasi dengan raja-raja Melayu kerana sedar dengan kedudukkan bangsa masing-masing di dalam hal berkaitan raja-raja melayu. Oleh itu mereka gunakan para pemimpin melayu ini yang bergantung kepada mereka untuk kekal berkuasa sebagai alat yang dikawal dari jauh untuk berkonfrontasi dengan sultan-sultan melayu.
Kita dah lihat ini dalam hal di Perak, larangan kafir masuk ke ruang utama masjid dalam negeri Selangor dan terbaru perlantikan Setiausaha kerajaan Negeri Selangor yang mendapat bantahan kepimpinan kerajaan negeri walaupun perlantikan dibuat oleh KSN dan sultan hanya memberi perkenan.  Semua ini sebenarnya tidak perlu, dalam kes di Perak, mahkamah sendiri mengesahkan bahawa kuasa membubar atau tidak DUN Perak terletak di tangan Sultan.
Dan sama ada kebetulan atau apa, seorang lagi penderhaka iaitu profesor undang-undang melayu bernama Aziz Bari terlibat dalam semua hal yang membabitkan pertelingkahan para penderhaka semua ini dengan institusi beraja di negeri masing-masing. Terbaru Aziz Bari mengelirukan lagi rakyat dengan mengatakan kuasa melantik Setiausaha kerajaan negeri Selangor terletak dibawah Sultan atas nasihat Menteri Besar dan ‘menghasut’ supaya isu ini dibawa ke mahkamah.
Sedangkan semua pun tahu Undang-undang tubuh negeri menetapkan Setiausaha Kerajaan Negeri dilantik KSN dengan Sultan memberi perkenan.
Semua penderhaka ini mencabar kerajaan mengambil tindakan tegas ke atas mereka dengan kenyataan-kenyataan berbaur hasutan yang jelas. Mereka mengambil kesempatan atas kelemahan Menteri bertanggung jawab yang diketahui lemah dan longlai dalam segala hal. Malangnya, tindakan para penderhaka ini disokong pulak segelintir penyokong mereka yang mudah dikelirukan lantaran kurangnya pemahaman mengenai asas-asas penubuhan negara ini yang antaranya menjamin kedaulatan raja-raja melayu.
Tapi, dalang sebenar ialah DAP, para penderhaka ini hanya alat kawalan mereka sahaja. Sesuatu perlu dilakukan ke atas DAP yang tidak habis-habis bersembunyi dibelakang undang-undang untuk menutup peranan sebenar mereka. DAP meniru bulat-bulat apa yang diamalkan PAP di Singapura dalam merealisasikan agenda tersembunyinya.
Bangunlah wahai bangsaku, sampai bila nak biar keadaan ini berterusan. Takkan nak tunggu DAP anjur gerakan jalanan untuk menubuhkan republik baru nak bertindak? Sekarang pun DAP giat menghasut orang cina melalui tulisan-tulisan berbentuk perkauman dalam suratkhabar cina.

Peringatan Dr. Mahathir Jadi Realiti Jika Melayu Masih Leka

Ingatan Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa orang Melayu akan kehilangan kuasa dan suara jika pakatan pembangkang berjaya mengambil alih pemerintahan negara merupakan realiti yang harus dipandang serius oleh pemimpin Melayu khususnya UMNO.


Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee percaya peringatan itu yang boleh disifatkan ‘satu amaran’ oleh bekas Perdana Menteri berasaskan kepada persekitaran politik masa kini.

Katanya, dengan mengambilkira keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 lalu jelas menunjukkan tahap sokongan orang Melayu terhadap UMNO dan komponen Barisan Nasional (BN) semakin terhakis.

Katanya, dengan mengambilkira keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 lalu jelas menunjukkan tahap sokongan orang Melayu terhadap UMNO dan komponen Barisan Nasional (BN) semakin terhakis.


“Realitinya hari ini rakyat terutama orang Melayu mula mempersoalkan sejauhmana komitmen pemimpin Melayu terutama UMNO dalam menangani permasalahan rakyat terutama di peringkat akar umbi,” tegasnya.


Beliau berkata, hakikat itu perlu diterima oleh pemimpin UMNO dan mereka tidak harus sentiasa berasa selesa, sebaliknya perlu bekerja keras mengembalikan semula sokongan pengundi kepada parti.

Sekaligus beliau yang juga Setiausaha Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan,menegaskan ingatan Dr. Mahathir itu bukan merupakan campurtangan bekas Presiden UMNO di dalam hal ehwal parti dan kerajaan BN.

Sehubungan itu beliau menyarankan pemimpin UMNO di semua peringkat melupakan agenda politik peribadi sebaliknya melakukan transformasi dengan mengutamakan kebajikan rakyat.

“Ingatan Dr. Mahathir akan menjadi kenyataan dan UMNO pula bakal berada di barisan pembangkang jika pemimpinnya masih leka dan tidak ikhlas kepada prinsip perjuangan parti” tegasnya.

Pada ketika itu katanya, orang Melayu sudah tidak lagi mempunyai kekuatan mempertahankan hak dan ketuanan mereka termasuk mengekalkan kemuliaan institusi Raja-Raja Melayu serta kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara.

Beliau mengulas peringatan Dr. Mahathir yang antara menjelaskan Melayu kehilangan kuasa sudah terbukti sewaktu Perak diperintah pakatan pembangkang selepas PRU-ke12 lalu apabila Dap lebih berkuasa di negeri itu walaupun Menteri Besar daripada Pas, seperti yang disiarkan oleh UMNO-Online semalam.

Bekas Perdana Menteri itu dipetik sebagai berkata walaupun Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar tetapi dia mengikut arahan Dap sehingga pakatan pembangkang jatuh. Orang Cina mendakwa ini adalah usaha BN menjatuhkan kerajaan Cina.

Menurut Syed Ali lagi, kejadian yang berlaku di Perak sebelum ini seperti disebut Dr. Mahathir boleh berulang di negeri-negeri lain jika reformasi politik secara drastik gagal dilakukan pemimpin UMNO.

Beliau bimbang akibat perpecahan orang Melayu kerana masing-masing menjuarai agenda kepartian, kesempatan itu akan dipergunakan oleh bukan Melayu untuk berkuasa.

“Orang Melayu tidak boleh lagi bergantung kepada Pas dan PKR yang jelas sanggup bertuankan Dap dalam usaha mereka mengekalkan kuasa di beberapa negeri tertentu,” katanya. - web

Perpecahan Melemahkan Bangsa Melayu - Tun

KUALA LUMPUR, 1 Feb — Masa depan bangsa Melayu akan terus lemah dan malap sekiranya kaum Melayu terus berpecah hanya semata-mata fahaman politik yang berbeza, kata mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata bangsa Melayu kini dilihat berada dalam kedudukan yang lemah kerana sudah berpecah kepada tiga kumpulan politik iaitu UMNO, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyebabkan agenda untuk memajukan masa depan mereka sukar dilaksanakan, walaupun kerajaan kini di bawah kepimpinan orang Melayu.
“Kita lihat sekarang Melayu lemah kerana sudah berpecah kepada tiga dan kerajaan yang dipimpin orang Melayu juga menjadi lemah dan tidak dapat bertegas dalam menyusun langkah dalam majukan masa depan kita.
“Ini keadaan sekarang dan tidak dapat tidak ia akan mempengaruhi masa depan kita,” katanya ketika berucap pada wacana bersama Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai ‘Bangsa Melayu dan Masa Depannya’ di Memorial Tun Hussein Onn di sini.
Wacana itu, anjuran Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Wilayah Persekutuan, turut dihadiri Yang Dipertua Mubarak Wilayah Persekutuan Abdul Aziz Yassin, Setiausaha Mubarak Wilayah Persekutuan Datuk Abdul Rahman Sulaiman dan Duta Besar Malaysia ke Filipina Datuk Seri Dr Ibrahim Saad, yang bertindak sebagai moderator wacana.
Dr Mahathir berkata kali pertama perpaduan Melayu di negara ini teruji ialah apabila berlakunya perpecahan yang menyaksikan wujudnya PAS, sebagai parti serpihan UMNO.
“Tetapi kita masih mampu menguasai keadaan politik di dalam negara, tetapi sepertimana yang kita tahu, kemudiannya ramai daripada orang-orang yang kecewa (daripada UMNO) telah menubuhkan parti dan kita lihat serpihan-serpihan lain berlaku seperti Semangat 46 dan PKR,” katanya.
“Masa kita miskin, lemah, tidak ada kedudukan, kita tahu hanya perpaduan yang akan memberi kita kekuatan. Tetapi hari ini, bila kita kaya sikit, ada yang perpendapat perpaduan tidak perlu lagi, kita lawan sesama kita,” katanya.
Katanya ada juga orang Melayu yang sudah terlalu yakin mempunyai keupayaan untuk berdiri sendiri sehingga menolak sebarang usaha kerajaan termasuk menerusi Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diwujudkan untuk membantu mereka.
“Kita begitu sekali menganggap diri kita berkeupayaan, ada yang kata apa perlu ‘identify’ diri kita dengan Melayu, kita orang Malaysia, boleh tolak usaha untuk bantu kita. Kita hendak buang ‘tongkat’, hendak jalan atas kaki sendiri, tetapi kita tidak sedar kaki masih tempang,” katanya.
Apa yang lebih menyedihkan, kata Dr Mahathir, ada orang Melayu yang terlalu asyik meminta sokongan kaum lain sehingga sanggup menyerahkan apa sahaja kepada kaum lain tanpa memikirkan implikasinya kemudian hari.
“Kalau bergantung kepada orang lain, lama-lama kita akan duduk di bawah perintah mereka, secara tidak langsung kita akan menjadi bangsa yang lemah kerana berpecah-belah.
“Walaupun dipilih untuk memerintah negara kita ini, sebenarnya kita tidak berkuasa kerana orang yang membantu kita akan desak supaya kita menghormati pendapat mereka, ini yang akan berlaku,” kata Dr Mahathir yang berpendapat maju mundurnya bangsa Melayu terletak kepada diri orang Melayu itu sendiri.
Dalam pada itu Dr Mahathir yakin Malaysia akan selamat daripada kekuasaan asing sekiranya semua rakyatnya benar-benar memahami dan menerima konsep 1Malaysia atau 1bangsa yang diuar-uarkan kerajaan selama ini.
Untuk itu, katanya, kaum-kaum lain di Malaysia harus melupakan kaitan mereka dengan negara asing, sebaliknya menerapkan keyakinan bahawa mereka merupakan rakyat negara ini.
Bila kita kata kita adalah orang yang ada kaitan dengan sebuah Negara asing, maka itu adalah pengakuan kita adalah kaum pendatang. Jadi kita harus lupa negara mana kita datang. Jika ada yang masih anggap mereka datang dari negara lain, maka tidak akan dapat wujud satu bangsa Malaysia.
“Tetapi sehingga sekarang, tidak ada kesanggupan untuk mengakui mereka bangsa Malaysia…kita bukan mahu semua mengakui diri mereka sebagai Melayu tetapi sekurang-kurangnya sebagai warga Malaysia,” katanya.
Menyentuh mengenai isu ketuanan Melayu, Dr Mahathir secara sinis berkata orang Melayu tidak perlu untuk terus mendakwa diri mereka sebagai ‘Tuan’ jika mereka sebenarnya hanya merupakan ‘kuli’ kepada orang lain.
Menurutnya kata-kata ‘Takkan Melayu Hilang Di Dunia’ perlu dinilai semula agar dapat ditentukan apakah generasi Melayu yang sebenarnya yang mahu dikekalkan.
“Kita harus tanya Melayu bagaimana yang kita tidak mahu hilang dari dunia ini…yang kita mahu ialah Melayu yang tidak hilang ialah Melayu yang gagah, kaya, ada ilmu, cekap dalam perniagaan, pengurusan dan sebagainya,” katanya
Sementara itu, menjawab kepada satu soalan mengenai bagaimana untuk menyatu-padukan orang Melayu yang sudah berpecah tiga, Dr Mahathir berkata:”Cara mudah, ketuk kepala (Datuk) Nik (Abdul) Aziz (Nik Mat)(Mursyidul Am PAS dan Menteri Besar Kelantan) dan (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) (Penasihat PKR) kerana penyakit itu semua datang daripada mereka”.
Beliau juga menyifatkan usaha menyatu-padukan orang-orang Melayu itu menemui jalan buntu kerana tidak adanya keinginan daripada kedua-dua pemimpin berkenaan untuk ke arah itu.
“Niat mereka hanya untuk mendapat tempat. Anwar dengan dasarnya untuk sampai ke Putrajaya dan Nik Aziz adalah seorang opportunist. Tidak ada niat mereka ini untuk berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara, itu yang susah hendak  berbaik dengan mereka,” katanya.
Dr Mahathir berkata dalam keadaan kepercayaan kepada Umno juga goyah, orang Melayu kini diletakkan dalam keadaan serba-salah untuk memilih parti yang boleh dipercayai, justeru menyifatkan kaum Melayu kini dalam “Malay Dilemma 2′. - web

MB PKR Mohon Derhaka Sultan

SHAH ALAM 28 Dis. – Pelantikan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri tidak perlu mendapat persetujuan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana Sultan Sharafudin Idris Shah telah memberi perkenan atas pelantikan itu.
Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memberi perkenan atas pelantikan tersebut dan mengikut Perlembagaan negeri, baginda mempunyai kuasa eksekutif untuk tujuan itu.
Beliau berkata, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor juga menyatakan, jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri dan beberapa jawatan lain perlu diwujudkan dan pelantikannya akan dibuat oleh suruhanjaya yang berkenaan iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
”Kalau Ketua Setiausaha Negara (KSN) mahu melantik individu itu, beliau akan mendapat perkenan Tuanku terlebih dahulu. Selepas Tuanku memberi perkenan pelantikan boleh dilakukan dan mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri tidak perlu melalui Menteri Besar,” kata beliau.
”Kalau Ketua Setiausaha Negara (KSN) mahu melantik individu itu, beliau akan mendapat perkenan Tuanku terlebih dahulu. Selepas Tuanku memberi perkenan pelantikan boleh dilakukan dan mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri tidak perlu melalui Menteri Besar,” kata beliau.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan sekretariat akhbar pejabat Menteri Besar hari ini yang memaklumkan pelantikan Mohammed Khusrin belum muktamad kerana Abdul Khalid tidak pernah dimaklumkan mengenainya.
Kenyataaan itu dikeluarkan ekoran pengumuman pelantikan Mohammed Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri berkuatkuasa 1 Janurai ini oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.
Mohamad Munir memberitahu, beliau telah menulis surat tentang persetujuan Sultan Sharafuddin mengenai pelantikan Mohammed Khusrin dan satu salinan telah dihantar kepada Menteri Besar untuk tujuan pemberitahuan.
”Saya percaya setiausaha sulit beliau telah menerimanya. Mungkin Abdul Khalid belum mendapat surat itu kerana beliau sedang bercuti,” katanya.
Jelas sekali, dalam pelantikan itu yang bukan pun dalam bidang kuasa MB, Abdul Khalid cepat melatah dan tindakannya mahu menghadap Sultan Selangor bagi menuntut penjelasan ibarat memohon sembah derhaka!.
Abdul Khalid biadap kerana kerana walaupun telah dinyatakan pelantikan Mohammed Khusrin mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, namun kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor menganggap keputusan itu sebenarnya belum muktamad.
Kenyataan sekretariat akhbar pejabat Menteri Besar berkata, cadangan itu belum muktamad dan Abdul Khalid telah mempersembahkan surat kepada Sultan Sharafuddin untuk memaklumkan yang beliau tidak dihubungi bagi diberitahu tentang cadangan tersebut.
Mohammed Khusrin, 54, dilantik bagi menggantikan Datuk Ramli Mahmud, 56, yang menamatkan perkhidmatan pada 31 Disember ini.
Dalam pada itu, kenyataan tersebut juga memberitahu, Abdul Khalid akan menghadap Sultan Sharafuddin pada Rabu ini berhubung perkara itu. - web

British Memperkenalkan Pembaharuan Politik & Ekonomi Di Tanah Melayu

Campurtangan British di NNM bermula dengan termetrainya Perjanjian Pangkor 1874. Pihak British menjalankan pembaharuan yang bertentangan dengan nilai-nilai tradisi dan adapt tempatan. 


Oleh itu terdapat penentangan akibat rasa tidak puas hati rakyat antaranya penentangan di Perak 1875, Kebangkitan Pahang 1891-95, Kebangkitan Tok Janggut 1815 dan Kebangkitan Abdul Rahman Limbong 1922-28.


PERJANJIAN PANGKOR 1874

- British memperkenalkan Sistem Residen atau Penasihat- kedudukan Sultan dan pembesar masih dikekalkan tetapi mesti menerima nasihat Residen dalam semua hal kecuali Agama Islam dan adat istiadat Melayu.
- Satu pembaharuan penting ialah system pungutan cukai secara berpusat yang dikelolakan oleh pegawai Eropah – bercanggah dengan tradisi dan adat tempatan – menafikan hak Sultan dan pembesar ,sebagai contoh perubahan yang dilakukan oleh Birch di Perak menjejaskan kedudukan Sultan Abdullah dan pembesar-pembesar, sesiapa yang memungut cukai akan didenda – pendapatan pembesar terjejas.


GAMBAR SIR ANDREW CLARKE


- Di Pahang misalnya kekuasaan tradisi Dato’ Bahaman tergugat apabila beliau pernah diberi amaran kerana memungut cukai di kawasan Semantan.
- Beliau diberi elaun tahunan sebanyak $840.00 yang lebih rendah daripada pendapatan asal dan beliau meminta elaun ini dinaikkan ,permintaannya ditolak.
- Pengenalan berbagai-bagai jenis cukai juga membebankan rakyat. Contoh di Pasir Puteh, Kelantan semua tanah dikenakan cukai termasuk cukai sirih sebanyak 5 sen sejunjung, lembu kerbau 20 sen seekor setahun. Undang-undang Hasil Padi 1905 juga membenankan rakyat.

DIORAMA SUASANA PERJANJIAN PANGKOR

- Di Perak ,cukai perahu diperkenalkan , di Terengganu 1920 pas kerajaan atau surat kebenaran membuka tanah diperkenalkan.
- Dari segi pentadbiran pula, Sultan langsung tidak dibenarkan mengambil bahagian aktif dalam kerajaan.Sebelum 1874 Sultan mengeluarkan surat tauliah pelantikan pembesar, tetapi selepas 1874 fungsi ini tiada lagi.


GAMBAR RAJA ABDULLAH

- Selain dari itu pembesar daerah tidak lagi berkuasa menjalankan perbicaraan dan tidak dibenarkan menyimpan hamba serta mengerah tenaga rakyat untuk kepentingan peribadi. Ini menunjukkan campurtangan British dalam adat resam masyarakat tempatan. Contohnya campurtangan Birch dalam adat perhambaan. apabila beliau menamatkan amalan perhambaan tanpa memberi gantirugi kepada pembesar.

- Kuasa pembesar-pembesar dearah diambilalih oleh Pegawai Daerah seperti dalam hal ehwal kutipan hasil, pentadbiran kehakiman, penempatan tanah,amalan ke atas penghulu dan pengawasan kegiatan jabatan kerajaan. Walaupun dikekalkan tetapi mereka tidak mempunyai sebarang kewibawaan dan hanya digelar Majistret Tempatan.


- Di Pahang, Residen J.P Rodger membahagikan Pahang kepada beberapa dearah ataupun jajahan di bawah pentabiran hakim dan pemungut hasil. Contoh, Pekan di bawah pentabiran F. Belfield, Kuantan di bawah pentabiran A.H. Wallm dan Temerloh di bawah pentadbiran E.A. Wise. Pembahagian ini menjadikan peranan, kedudukan dan kewibawaan tradisi pembesar dearah tergugat.

- Hakim dan majistret British mengambilalih peranan sultan dan pembesar dalam mengadili kes-kes jenayah dan sivil di daerah mereka. Sistem kehakiman digubal berdasarkan undang--undang jenayah British dengan keputusan muktamad terletak di tangan majistret dan residen.
- Sultan dan pembesar dearah dilarang menjalankan sistem kerah bagi urusan peribadi. - blogger

Penyakit Dalam Kapal Terbang

TEKANAN udara semasa pesawat berlepas dan mendarat boleh mengganggu kestabilan telinga tengah.

MEMILIH untuk menaiki kapal terbang ke destinasi pilihan tentunya memberi keterujaan apatah lagi jika ia pengalaman pertama.
Namun, dalam keseronokan untuk terbang, masih ada perkara yang perlu diambil berat demi memastikan keselesaan anda sebagai penumpang di sepanjang penerbangan.



Ini kerana boleh dikatakan hampir semua penumpang kapal terbang tidak dapat lari daripada merasai tekanan di bahagian dalam telinga ketika pesawat hendak berlepas mahupun mendarat.
Gangguan sindrom telinga pesawat yang juga dikenali sebagai airplane ear atau barotrauma ini boleh mengakibatkan telinga berdengung dan rasa sakit di bahagian dalam telinga.
Penulis sendiri sering berdepan gangguan yang sama setiap kali menaiki kapal terbang, adakalanya kesakitan tersebut boleh mengundang masalah lain seperti pening dan loya.
Apa yang lebih teruk, keadaan ini boleh berlarutan selepas beberapa jam pesawat mendarat.
“Apa yang anda alami bukan perkara biasa. Biasanya, penumpang hanya mengalami sedikit tekanan dan telinga berdengung, tetapi selepas pesawat mendarat, ia sudah hilang sepenuhnya.
“Mungkin kesihatan yang kurang baik ketika menaiki kapal terbang memburukkan lagi tekanan telinga pesawat yang dialami,” ulas Perunding dan Pakar Bedah Telinga, Hidung dan Tekak (ENT) Hospital Pantai Ampang, Kuala Lumpur, Dr. Raymond Tan Suan Kuo.
Ditafsirkan sebagai kecederaan pada bahagian telinga tengah, gejala tersebut disebabkan oleh perubahan tekanan udara sewaktu dalam penerbangan.
“Tekanan telinga pesawat boleh berlaku di kedua-dua belah telinga.
Seperti dicucuk
“Ia akan lebih serius apabila penumpang terbang ketika sedang mengalami selesema, hidung tersumbat, alahan hidung, tekak atau jangkitan resdung.
“Gejala yang sama juga boleh berlaku jika memandu di kawasan pergunungan atau berada di tempat yang tinggi serta ketika menyelam skuba,” jelas Raymond.
Menurutnya lagi, tekanan udara yang tidak seimbang di antara telinga tengah dan tekanan udara persekitaran boleh menghalang gegendang telinga bergetar secara normal.
“Apabila tekanan udara persekitaran berubah secara mendadak, saluran eustachia yang menghubungkan bahagian tekak dan telinga tengah tidak dapat memberi reaksi pantas yang boleh menyeimbangkan tekanan menjadi punca gangguan ini terjadi.
“Telinga akan berdengung dan akan lega jika mengunyah atau menelan makanan,” ujarnya.
Bagaimanapun, bagi penumpang yang mengalami tekanan yang disusuli rasa sakit seperti bahagian dalam telinga dicucuk dengan benda tajam, Raymond memberitahu itu bukan gejala biasa.
“Jika saluran eustachia tersebut tersumbat atau mempunyai masalah lain seperti jangkitan kuman, tekanan di telinga tengah boleh mendatangkan masalah yang lebih besar.
“Pendengaran akan mulai merosot, telinga tidak selesa, berdengung, pendarahan daripada telinga yang boleh menyebabkan pening dan kesakitan dalam telinga yang berpanjangan,” katanya.
Apa yang lebih membimbangkan, gangguan ini boleh mendatangkan risiko besar kepada kanak-kanak berusia tiga tahun ke bawah.
“Tekanan ini mampu membocorkan telinga tengah dan mengakibatkan lebih banyak masalah. Telinga mereka akan sakit dan rasa tidak selesa, itu menyebabkan mereka kuat menangis.
“Segera periksa telinga anak anda selepas tangisan mereka reda. Jika ada lelehan nanah atau darah, bawa segera anak berjumpa doktor untuk rawatan lanjut,” ujarnya.
Nanah
Kebocoran telinga tengah boleh mengakibatkan masalah yang lebih besar kerana ia berfungsi sebagai dinding penutup bahagian dalam dan luar telinga, sama seperti jika perut anda bocor hingga menampakkan usus dan isi perut.
“Apabila disahkan ada kebocoran pada telinga tengah, ritma kehidupan mereka turut terganggu.
“Pesakit tidak boleh berenang kerana air yang memasuki telinga akan menyebabkan telinga mendapat jangkitan kuman.
“Jika itu berlaku, telinga mudah bernanah. Pesakit juga sentiasa terdedah kepada pencemaran seperti habuk dan terpaksa menanggung kesakitan apabila mendengar bunyi yang kuat. Pembedahan perlu dijalankan untuk menutup semula kebocoran tersebut,” tambahnya.
Bagaimanapun, sekiranya telinga bocor ini dialami oleh kanak-kanak, mereka terpaksa menunggu hingga usia 16 tahun untuk dibedah.
“Kanak-kanak adalah golongan paling berisiko untuk mendapat tekanan telinga pesawat yang membawa kebocoran telinga dalam.
“Jika kebocoran terjadi, pembedahan tidak terus dilakukan kerana bahagian dalam telinga kanak-kanak masih kecil dan perlu menunggu umur sekurang-kurangnya 16 tahun untuk dibedah.
“Saranan saya, pastikan anda mempunyai sesuatu untuk dikunyah seperti asam atau gula-gula getah ketika berada di kawasan tinggi.
“Gangguan tekanan telinga pesawat biasanya timbul daripada masalah kesihatan yang lain. Jika anda merancang untuk menaiki kapal terbang atau menyelam skuba, pastikan kesihatan anda berada di tahap yang baik.
“Pesakit resdung dan penghidap selesema atau jangkitan hidung berisiko untuk mendapat tekanan yang lebih teruk berbanding penumpang yang sihat,” nasihatnya - Kosmo

Ular Albino Berkepala Dua

ULAR albino berkepala dua milik Tom Beser.
STOCKHOLM - Seekor ular albino berkepala dua menjadi tumpuan dalam satu pertunjukan haiwan di Bazel, Switzerland baru-baru ini.
Pemilik haiwan itu, Tom Beser berkata, ular peliharaannya itu merupakan yang pertama di dunia memiliki dua kepala tetapi berwarna putih.
Menurutnya, ularnya itu yang diberi nama Mince bernilai lebih daripada AS$64,115 (RM195,037).
Dia berkata, sebelum ini terdapat seorang pengumpul haiwan yang mahu menjual seekor ular berkepala dua yang bukan albino pada harga tersebut. - Kosmo

Ads

Followers